Tuesday, January 10, 2017

SINGAPURA : 5 Hari 4 Malam [part 4]

Haiii....
Okay ney part last aku janji.. hihiii

Hari Keempat.

Hari ney aku dengan Effa malas gila nak berpisah dengan katil. Macam yang aku cakap dalam entri pertama aku, katil kat Drop Inn ney sangat lah selesa. Dangan ekon lagi.. Memang rasa tak nak bangun. Jadi dengan penuh keengganan, kitorang gerak lepas Zohor. Hahahaa..

Mula-mula rancang nak pergi Little India. Lepas keluar keluar MRT boleh pulak tukar rancangan. Teringin nak tengok Arab Street. Tapi cari tak jumpa. Kitorang sesat. HAHA
Akhirnya sampai lah kitorang dekat Merlion Park.

Patung Merlion ney ada banyak tempat sebenarnya. Ada lapan tempat kowt kalau tak salah aku. Jauh-jauh dia letak. Kitorang pergi yang dekat main place dia; Merlion Park, One Fullerton.











Hari Kelima. Last day!!

Tiket flight pukul 5 petang tu. Tapi gigih nak tengok zoo jugak. Zoo dia besar dan luas Subhanallah sangat. Zoo pown sama, nak jelajah semua kena datang dari pagi sampai petang nak maghrib tu baru balik. Macam tu baru gerenti puas hati. Ada pertunjukan binatang: penguin, burung, monyet haih macam-macam lah.

Pukul 2 kitorang dah kena gerak keluar sebab nak kejar flight. Nak kena balik hostel dulu ambil beg lagi. Memang kalut, tapi sendiri cari pasal. Salah sendiri, pengurusan tak cantik. Huhu..






Polar Bear



kelawar tengah makan buah. yang ney aku tengok depan mata xde cermin ke pagar ke apa

ney real taw..



GOOD BYE SINGAPORE!

Okay I'm done...
GOOD BYE SINGAPORE!!! Till we meet again. XOXO


SINGAPURA : 5 Hari 4 Malam [part 3]

                                                     بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Assalamualaikum dan haiiiii... 

Ya Allah lamanya sambungan post ney tergendala..last post Oktober tahun lepas ten oii.. Sekarang dah 2017. Huhuu ampunn...

Okay, di sini aku nak sambung cerita aku masa di Singapura dulu. Hari ketiga. 

Hari ney kitorang pergi Gardens By The Bay. Salah satu tempat wajib lawat dekat Singapura ney. Tempat ney memang terbaik ah sumpah aku cakap. Sangat, sangat cantik terutama bagi sapa yang sukakan alam semula jadi. Dan kawasan dia pown sangat luas. Memang kena pergi dari pagi baru puas hati.   

Banyak sangat tempat menarik yang ada kat sini. Antaranya Flower Dome, Cloud Forest, OCBC Skyway, dan Supertree Grove. Dan di sepanjang jalan tu kau memang akan lalu kawasan taman dan tasik yang dihias cantik. Malangnya masa kitorang pergi tu, Cloud Forest tengah renovate. Jadi tak boleh masuk. Tapi takpe, Flower Dome pown besar jenuh nak jelajah. 

masa on the way nak ke Flower Dome


tu lambang Singapore tuuu :D

contoh laluan cantik yang aku cakap tu



DALAM FLOWER DOME!!! 


dalam ney jer pown dah ada banyak level









bestnya kalau wedding ada ros putih..









Supertree Grove





ney dalam mall taw


pertembungan siang dan malam. Subhanallah 


PERHATIAN! 

Malam-malam selalu ada Lightshow. Dekat kawasan Supertree Grove tu. Awalnya kitorang pown pelik kenapa ramai sangat orang berkumpul dekat padang Supertree tu.Siap usung kerusi bantal dan baring baring lagi.. Jadi aku dan Effa ikut la duduk sekali..Rupanya dalam pukul 8 lebih macam tu show pown mula..Best!

Lightshow