Monday, May 23, 2011

choeum bepgessemnida, KOLEJ MARA KUALA NERANG!!!!!!!!!!

    I'm in a rush....take some time to post something, aware that I'm might not be able to post anything for some time.... nothing much,just a short one.

     Aq akan sambung blajar kat KMKN....yes, dlm Kedah jugak...huhu ;'(
Sangat3x harap korang suma akan mendoakan aq..kjayaan aq...thanks in advance for that.

   Wanna share something, a video yg mmg aq suka sgt3 skrg neyh.
It's from Beast/B2st...entittled FICTION.. :D
ENJOY........


Sunday, May 22, 2011

kita bertafakur sejenak..........

   ehem...., entry kali nie actually aq rembat dr Nahdah Muslim pnya group kat muka buku. Credit kat org tuh, thanx ya! Sebab dia post mcm pjg lebar sgt, aq malas nak baca kat situ, at least kalo aq post kat sini, maybe ada hari aq terbukak hati nak jenguk... So here it is==== :

LUASNYA NERAKA

Assalamu'alaikum Wbrth!!! Sahabat semua...bacalah. ...

Ya Allah... takutnyer... bacelah sampai habis.. skjap jer.. x smp 5 minit..pun!! !

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.

Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.

Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN.

...: Luasnya Neraka :.

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada
waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,

maka ditanya oleh nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'

Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka
Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.'

Lalu nabi s.a.w. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.'

Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya.. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'

Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?'

Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?' Jawab Jibrail:

'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.

Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s..a.w. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'

Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.'

Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'

Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.'

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang
selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.....Wallahua' lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterang an dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Dari Abdullah bin 'Amr R.A,

Rasulullah S.A.W bersabda:' Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.

just imagine the fire is all over ur entire body

Sunday, May 15, 2011

조금 더 기다려

       jogeum deo gidalyeo....juz wait a bit more....


       Aduhh,rambang betul mata belek AVON mag tadi. Aq banyak tertarik dengan lipbalm collection, eyeliner, skincare, rings n jewel, and paling x boleh lepas, jam tangan..! Paling sakit hati tengok jam tangan r, kalo boleh tiap dua tahun skali aq tukar...tapi MONEY memang problem arh...T_T




 
   


























                                














       Just wait a little bit more. Setahun kat matrik, 3 tahun ijazah, maybe 2 tahun sambung masters, total 6 tahun, or maybe kurang..masters tu pown kalo aq qajen,...ngahangahaa ^^  and lepas tu aq bebas untuk beli aaappaaaaaaaaaaa sahaja untuk diri aq!!!! chaiyokk, fighting, aja-aja!!!! 


       Aten, u have to reduce ur wasting time towards kdramas and kpop..orang2 korea kau tuh x boleh nak bantu kau pown dalam idowp, dunia dan akhirat. *_*  [renung-renungkan, dan selamat beramal :) ]

Saturday, May 14, 2011

gediks_gegesh_loqlaq

 Donghae n Bongi (Oh Ji Eun)
         *died of happiness*  x cukup nafas sambil tersengih mengalahkan kerang buchuk....:-))))

     Tengah gilagilagilagilagilagilagilagilagila sukabahagiaseronokgumbirasakan!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! hahahhhaaa......~
Agak pulown kan?? ;-)  Sekarang pukul 4.10 pagi...A.M.!!!  Waeironie??? :D Baru lepas tengok Smile Again, episod yang entah keberapa ntah...Ada satu scene nie yang aq memang SSSSSSSSSSUUUUUUUUUUKKKKKKKAAAAAAAAAAAA   sangat32532748x.......hak3... memang pulown overdose lar ang nie aten! Tapi ooopppss, x boleh nak citer r scene apa....,nanti ampa kata aq nie x cukup moral.....ngeh3

      Serius cakap, memang terkejut bangang *Donghae buat macam tuh, tapi ssssuuukkkkaaaaaa!!!!!! hakhak... *Dojin kacau line....huhu T_T
Dah cukup cukup, enough of your rambling tengah pagi2 buta orang buat qiam nieh..

 *Ji Chang Wook as Donghae









 *Lee Jang Woo as Dojin









P/S : Jang Woo masuk WGM, dgn t-ara Eunjung....they are so sweet...
        tp x leh challenge khuntoria rasanya.....heh3

Thursday, May 12, 2011

oh my east_sea!!!!

    Uhuh,so yeah..,my blog sekarang berwajah baru. New template. Tapi yang buat aq pissed off sangat is aq dah x boleh nak keep gambar my lovely donghae as header...T__T  Aq x reti nak buat macam mana untuk save gambar tuh and dalam simpanan gambar tu dah hilang angkara "unwanted" re-format aq punya pendrive.huhu...

    So, nak senangkan hati ini, aq steal lagi dari internet banyak banyak banyak banyak gambar 
LEE DONGHAE. haha ^^  sorry yah tuan punya pix! Asal nak rob satu dua pic ja,tapi dah tengok banyak2 tu, memang x boleh tahan arh...ngeh3
 sweet smile
 
 cool pose
   

















 the-most-crazy-awesome person
       Nowadays aq betul betul betul jatuh hati dengan leader ANGEL LEETEUK. His gags, his humour, his craziness, his sarcasm,his humbleness-yet-arrogant and his spontaneous actions....,always make me smile..,big smile. :D 
Oppa, you are the best Leader ever!



  Tapi macam manapun, LEE DONGHAE tetap no.1...haha~ love his innocent looks and his childishness.. Make me feels like hugging him more than other. ^^
 pure innocent look ;D
     
 cute little fishy






  









 








P/S : aq tahu aq memang gila-sawan-xda kerja yang aq buat menda nih...tapi it ain't crime,right? Ait,kejap.. Aq rasa mula2 tadi aq nak post pasal aq punya further study punya choice. Macam mana boleh sesat tersasar  masuk donghae dengan leeteuk nih?? hmmmm, nanti I'll tell you guys keh, bout my study place and plans....adios~ ^^

Monday, May 9, 2011

LELAKI & WANITA ( copy paste jea .. bacalah ..)


LELAKI 

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. 


BERATKAN? Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atau ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya.Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN?? 


Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu.Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. 


Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..) 


Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya. 


WANITA : Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. 

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. 



Wajib taat kepada suaminya selagi tidak bertentangan hukum syarak atau mendatangkan mudarat pada dirinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki. 


Pernahkah kita lihat sebaliknya?? 

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. 


Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak. 

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil). 



Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an terhadap wanita 1. ibunya 2. isterinya 3.anak perempuannya4. saudara perempuannya. 


Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggungoleh 4 org lelaki ini : 

1. suaminya, 

2. ayahnya, 

3. anak lelakinya dan 

4. saudara lelakinya 


Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja : 

1. sembahyang 5 waktu 

2. puasa di bulan Ramadhan 

3. taat suaminya dan 
4. menjaga kehormatannya. 


Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita .... 


Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , >tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. .supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA.. 


"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103) 


Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikanalasan untuk membela diri "