Sunday, November 27, 2011

salah sapa sbenarnya??

   Yang tua marah yang muda, yang muda salahkan yang tua, yang dah mati x pernah nak muncul bagi peringatan, yang hidup pulak x pernah nak sedar diri. Menda niey salah sapa sbenarnya? Masyarakat dan dunia hanya tahu menyalahkan, namun x pernahnya terdetik rasa untuk mengambil iktibar. Dunia kononnya semakin maju, tamadun manusia semakin canggih dengan dunia di hujung jari tanpa sempadan. However, minda manusia without doubt masih di takuk lama. Tak pernahnya nak berubah. Gajah depan mata buat x nampak, semut di seberang laut juga yang dicari. Salah sendiri x pernah nak mengaku, salah orang, itu jugak yang dicari-cari. Sampai bila nak macam ni? Nak biar satu dunia buat menda salah yang sama setiap hari, biar semua rasai kehancuran yang sama rata? Macam tu?? Bak kata orang, 'together and forever and ever...' Yeah, right..Together to hell..

  Based from statistic from PDRM, from 2005-Jan 2011, sebanyak 396 kes dicatatkan. Itu belum lagi kira kes tersembunyi yang tak dapat dikesan. Belum masuk lagi kes-kes zina, rogol dan sumbang mahram yang perempuannya ditakdirkan x mengandung. Kalau nak amek kira semua tu, mahu infinity jadinya..Nauzubillahiminzalik...

  Ada jer pihak-pihak berkenaan yang berusaha membanteras gejala niey. Tapi kenapa all that seems to affect nothing? Langsung x memberi kesan. Apa lagi yang patut kita lakukan, as a human being, a soul, a neighbour, a parent, a teacher, a doctor, and a guy and girl ourselves?

   Bagi aq, didikan ibu bapa itu penting. Kalau dari kecil anak-anak dah diajar dan dididik dengan kehadiran Allah dalam setiap tindakan kita, susah bagi anak-anak untuk tersasar jauh apatah lagi melakukan maksiat. Walaupun ada juga kemungkinan untuk mereka melakukan kesilapan, tapi peratusnya, aq percaya sikit sangat.. Nak salahkan media, diorang memang terang-terangan menambahkan lagi kehancuran, tapi di situ terletaknya peranan ibu bapa. Setakat mana diorang kawal penggunaan tv dan internet di rumah. Kalau setakat bising mulut jer tapi tindakan haprak xdak, baik x payah..Buat letih mulut jer..

  Seorang sahabat perempuan aq pernah berbalah dengan seorang sahabat lelaki aq jugak. Pasal menda niey la, yang lelaki tu salahkan pompuan sebab x pandai jaga diri la, gedik la, suka dedah aurat la, macam-macam lagi la.. Yang kawan pompuan aq tu pulak asyik pertahankan hujahnya.., lelaki nafsu kuat. Kalau x tahan kenapa nak tengok jugak orang pompuan. Lelaki banyak penipu la, mulut manis la.,bla bla bla....

  Macam aq cakap tadi la, masing-masing hanya tahu menyalahkan. Diri sendiri sentiasa betul.. Kat sini aq nak cakap sikit, bagi perempuan, diri anda adalah berharga. Barang berharga orang xda nak dedah sana-sini. Mesti tutup rapat x nak bagi tercemar. Sama-samalah duduk dan renung-renungkan.
Bagi lelaki pula, anda adalah pemimpin. Menjadi tugas anda untuk menasihati dan menjaga perempuan-perempuan di bawah jagaan anda. Jangan hanya tahu menyalahkan perempuan, kami mampu menarik anda ke neraka andainya usaha anda tidak mencukupi dalam mendidik kami. Contohnya, di mana peranan seorang ayah, abang, anak mahupun adik lelaki apabila kita lihat gadis dan tidak kurang juga wanita berusia zaman kini yang bebas ke sana-sini dengan penutupan aurat yang masih belum sempurna. Tiadakah lelaki di sisi mereka yang sepatutnya bertanggungjawab membantu menjaga aurat mereka? Fitrah wanita berhajat kepada kecantikan dan perhatian, itu suatu kelemahan. Lelakilah yang seharusnya mengawal ahli kelurganya daripada mencium bara neraka.
Wallahua'lam... 

 

Firman Allah S.W.T :


 “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang
bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, kerana Allah telah melebihkan
orang lelaki (daripada beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan,
dan juga kerana orang lelaki  telah  membelanja  (memberi nafkah)  sebahagian
dari harta mereka”.  (an-Nisa’: 34).


















Friday, November 11, 2011

< eleventh hour >

      Bak kata hlovate, : " banyak lagi benda lain yang boleh diikut...The man that decided to change on the twelfth hour dies on the eleventh. "
 - contengan jalanan,2011 -

"Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali
(1) orang-orang yang beriman, (2) dan yang beramal soleh
(3) dan yang berpesan2 pada kebenaran (4) dan yang berpesan2 pada kesabaran".
~Surah Al-'Asr.

"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan."


    I really don't know what should I write actually. Iman manusia, yazid wa yanqus ,right?

      I'm such a fool....A biiigggg one. tawfiq, hidayah, petunjuk, panduan, semua Tuhan dah bagi. What else do you long  for?? Terlalu cintakan dunia, padah kau kang kat akhirat kelak.
I really need to stop peeping into Korea. Coz once I start, I couldn't help but wanting more. And the more I get, the more I tend to forget Him and my other supposed responsibilities...aishh,buat tambah rabun mata ja, aten..
  Well, ready to change? If being asked like that, the answer would always be no.,not yet...but ' the man that decided to change on the twelfth hour dies on the eleventh. '


Dosa diri sebenarnya bertimbun-timbun.,
Rasa nak shout bout everything yang diri sebenarnya x sebaik mana.,
Betapa selama ini sifat hipokrit dalam diri begitu bermaharajalela.,
Tapi seseorang itu sangatlah lebih dosanya.,
Apabila tidak segan silu apatah lagi bangga menceritakan keaiban dirinya.,
Yang selama ini telahpun Allah sembunyikan dari pengetahuan semua....
Wallahua'lam
...

Saturday, November 5, 2011

run until u can touch the sky

          Giler lama x update!

       Hurmm, what's with the title ek?? Seriously apa tujuan idowp aq sbnarnya? My mind had once so full of spirit and determination. So packed with both of them that I even thought that I could have this world in my own hand. Hiperbola sungguh la tuh! I have a mountain of motivation at the first period of studying. And before I knew it, just in time nak peksa ja, time tu jugak la yg aq rasa mmg gila2 penat ntok even selak buku. Masalahnya kalo mmg da istiqamah baca buku sblom tu, tu x pa la jugak. Tp aq,? Cepat sungguh boring kalo buat something tu....huhu...,mcm mana nak cure? Aq mmg da parah da neh...,hampir2 nak nazak jugak.

        Aq da x knal diri aq siapa. Aq x tahu apa yg aq suka. Hidup x tenang. (Byk dosa,x taw lg ka?)
Hidup dlm persekitaran yg byk lelaki, adalah sangat senang untuk beroleh dosa,kan? Nampak aurat cket, da tmbah satu catatan dlm buku kiri. Percakapan dan pertuturan pun masalah jugak. Kadang kita x sedar pon yg suara kita tu mcm mendayu-dayu ka, terlebih volum ka, atau terlebih merdu. Mana tahu apa yg lelaki pikir,kan? Paling x boleh blah, dua bijik mata neh mmg suka sgt nak "nikmati pemandangan" kan? Padahal yg tu lah yg lg nak tambah titik hitam kat hati. Tu belum kira yg tertaksengaja tersentuh terpegang teraba ka apa lg. Nak lagi dahsyat, bila rasa macam minat kat seseorang, hati tu mula la nak rasa yang pelik2. Yang otak pun bukan nak bagi kerjasama, boleh pulak lagi menyumbang kepada aktiviti bawah sedar ; teringat-ingat budak tu.

        Kat Maahad dulu x terpikir pulak yg suma menda tu akan jadi. Punya la mengata kat orang2 tu *pihak2 berkenaan* , konon x sporting la, syadid sgt la..,mcm2 la...Hah, sekarang nah, hambik!

        Ya Allah, kumohon Kau kuatkanlah hati-hati kami..,ameennnn.....

  Gila suka kat words bawah neh...:)

                               Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
                               kelak ada insan yang bakal dilukai,
                               Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
                               nanti hati yang kecewa sendiri.
                               Sebaliknya, 
                               ... gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
                               nescaya dirimu tak sesekali dizalimi, 
                               kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali
                              & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri.. :)