Sunday, November 27, 2011

salah sapa sbenarnya??

   Yang tua marah yang muda, yang muda salahkan yang tua, yang dah mati x pernah nak muncul bagi peringatan, yang hidup pulak x pernah nak sedar diri. Menda niey salah sapa sbenarnya? Masyarakat dan dunia hanya tahu menyalahkan, namun x pernahnya terdetik rasa untuk mengambil iktibar. Dunia kononnya semakin maju, tamadun manusia semakin canggih dengan dunia di hujung jari tanpa sempadan. However, minda manusia without doubt masih di takuk lama. Tak pernahnya nak berubah. Gajah depan mata buat x nampak, semut di seberang laut juga yang dicari. Salah sendiri x pernah nak mengaku, salah orang, itu jugak yang dicari-cari. Sampai bila nak macam ni? Nak biar satu dunia buat menda salah yang sama setiap hari, biar semua rasai kehancuran yang sama rata? Macam tu?? Bak kata orang, 'together and forever and ever...' Yeah, right..Together to hell..

  Based from statistic from PDRM, from 2005-Jan 2011, sebanyak 396 kes dicatatkan. Itu belum lagi kira kes tersembunyi yang tak dapat dikesan. Belum masuk lagi kes-kes zina, rogol dan sumbang mahram yang perempuannya ditakdirkan x mengandung. Kalau nak amek kira semua tu, mahu infinity jadinya..Nauzubillahiminzalik...

  Ada jer pihak-pihak berkenaan yang berusaha membanteras gejala niey. Tapi kenapa all that seems to affect nothing? Langsung x memberi kesan. Apa lagi yang patut kita lakukan, as a human being, a soul, a neighbour, a parent, a teacher, a doctor, and a guy and girl ourselves?

   Bagi aq, didikan ibu bapa itu penting. Kalau dari kecil anak-anak dah diajar dan dididik dengan kehadiran Allah dalam setiap tindakan kita, susah bagi anak-anak untuk tersasar jauh apatah lagi melakukan maksiat. Walaupun ada juga kemungkinan untuk mereka melakukan kesilapan, tapi peratusnya, aq percaya sikit sangat.. Nak salahkan media, diorang memang terang-terangan menambahkan lagi kehancuran, tapi di situ terletaknya peranan ibu bapa. Setakat mana diorang kawal penggunaan tv dan internet di rumah. Kalau setakat bising mulut jer tapi tindakan haprak xdak, baik x payah..Buat letih mulut jer..

  Seorang sahabat perempuan aq pernah berbalah dengan seorang sahabat lelaki aq jugak. Pasal menda niey la, yang lelaki tu salahkan pompuan sebab x pandai jaga diri la, gedik la, suka dedah aurat la, macam-macam lagi la.. Yang kawan pompuan aq tu pulak asyik pertahankan hujahnya.., lelaki nafsu kuat. Kalau x tahan kenapa nak tengok jugak orang pompuan. Lelaki banyak penipu la, mulut manis la.,bla bla bla....

  Macam aq cakap tadi la, masing-masing hanya tahu menyalahkan. Diri sendiri sentiasa betul.. Kat sini aq nak cakap sikit, bagi perempuan, diri anda adalah berharga. Barang berharga orang xda nak dedah sana-sini. Mesti tutup rapat x nak bagi tercemar. Sama-samalah duduk dan renung-renungkan.
Bagi lelaki pula, anda adalah pemimpin. Menjadi tugas anda untuk menasihati dan menjaga perempuan-perempuan di bawah jagaan anda. Jangan hanya tahu menyalahkan perempuan, kami mampu menarik anda ke neraka andainya usaha anda tidak mencukupi dalam mendidik kami. Contohnya, di mana peranan seorang ayah, abang, anak mahupun adik lelaki apabila kita lihat gadis dan tidak kurang juga wanita berusia zaman kini yang bebas ke sana-sini dengan penutupan aurat yang masih belum sempurna. Tiadakah lelaki di sisi mereka yang sepatutnya bertanggungjawab membantu menjaga aurat mereka? Fitrah wanita berhajat kepada kecantikan dan perhatian, itu suatu kelemahan. Lelakilah yang seharusnya mengawal ahli kelurganya daripada mencium bara neraka.
Wallahua'lam... 

 

Firman Allah S.W.T :


 “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang
bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, kerana Allah telah melebihkan
orang lelaki (daripada beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan,
dan juga kerana orang lelaki  telah  membelanja  (memberi nafkah)  sebahagian
dari harta mereka”.  (an-Nisa’: 34).


















2 comments:

Madi Benji said...

Setuju baq hang! Memasing nak tuding jari, nak put the blame on other's shoulder. Unjust unjust.Sama-sama kita jaga diri kita supaya tak terjebak dengan benda-benda cam ni.

miss aten said...

betul tu. masing2 kena pandai jaga diri la. tak payah nak salahkan org sgt.
marah lelaki tengok kita tapi dah kalau diri sendiri tu yang tunjuk, still nak kata diri tak salah jugak? hai dunia duniaaa . =)

Post a Comment