Sunday, May 20, 2012

diterimakah taubatku??

Kita selalu dengar orang cakap, : ' Aq dah buat banyak dosa. Adakah Allah akan menerima solatku, doaku, serta taubatku? Aq rasa diriku x layak untuk mengharap apa pun daripada Dia. '
       Sejurus itu kita terus leka dengan dunia. Berputus-asa seolah-olah sudah tiada sinar baru untuk kita di hari esok. Berserah pada takdir, meski sekilas keinsafan sesekali menerpa benak.
      
       Cuba jujur dan tanya diri sendiri.
1. Adakah aq betul-betul sudah bersedia untuk bertaubat?
2. Adakah aq yakin yang aq tidak akan mengulangi kesalahan itu lagi?
3. Adakah aq cukup berani berhadapan dengan rakan-rakan?
    - tidakkah mereka akan mentertawakan dan memerli aq kerana kononnya sudah berubah?
4. Benarkah aq cukup bersedia untuk berhenti selamanya daripada maksiat itu?
5. Bolehkah aq berubah menjadi orang baru, cukup kuatkah diri ini?

      Cuba tanya diri kita soalan-soalan di atas, sebelum dengan semberononya mengingkari sifat pemurah dan penyayang Allah. Sebelum kita meragui sifat belas ehsan yang tidak terhingga dari Tuhan Pencipta Alam., Allah S.W.T.

     Yakinlah, Dia Maha Mengetahui, Maha Mengasihani, Maha Pengampun lagi Maha Pemurah. Berdoalah, sesungguhnya Dia sentiasa mendengar dan sentiasa memperkenankan.

0 comments:

Post a Comment