Sunday, June 17, 2012

cintakah lelaki kalau tak berani menjejak wali?



Assalamualaikum...
Entry kali ini aku tujukan buat diriku dan juga sahabat-sahabat perempuan tercintaku.

 Honestly, aku dah cukup penat mendengar cerita dan luahan hati sahabat tersayang yang sering kalah dan lemah apabila berhadapan dengan musuh utama remaja : CINTA .

Aku juga manusia
Tak pernah lepas dari khilaf
Aku juga remaja
Tak hilang rasa untuk bercinta
Aku juga seorang gadis
Tak terkecuali mudah lemah pabila dirayu.


Namun sebenarnya,
Aku adalah hamba
Cinta-Nya yang mesti aku dahulukan
Yang sepatutnya aku agungkan dan junjung tinggi
Kerna saat ajalku menjemput
Lelaki itu hanya mampu memandang kaku
Dan rahmat Allah jua yang bisa menyelamatkanku.




secebis perkongsian prinsip hidup aku :


   Untuk berkorban, menangis, bergaduh, dan memusnahkan diri kita semata-mata kerana seorang lelaki yang bukan bernama suami adalah suatu perbuatan bodoh(mind my word) yang sangatlah childish yang takkan membawa sebarang makna pun. 
    Aku tahu korang yang terlibat tak pernah minta pun untuk menangis atau berduka apatah lagi dilukai insan bernama lelaki. Namun satu yang mesti korang akui, korang yang tempah bala tu. Bak kata pepatah, jika takut dilanda ombak, jangan berumah di tepi pantai. Nasihat dari aku yang tak seberapa nie, janganlah bermain dengan api. I know, most of the cases lelaki yang memulakan. Tapi kita mesti akui, jika bukan perempuan yang melayan dan tertawan, there is NO WAY that the guy could harm us in any way, even the slightest bit. 




   

Sunday, June 3, 2012

kenyataan yang sering dilupakan.

Alhamdulillah. Selepas apa yang terjadi, buat aq teringat pada suatu pernyataan yang juga suatu kenyataan.
     " Lelaki yang boleh berkata manis bak menanam tebu di tepi bibir kepada seorang gadis sebelum terjadinya akad nikah, bukanlah lelaki yang baik. "
       Kenapa begitu?
       Jika sebelum berkahwin lagi lelaki itu sudah berani menaburkan kata-kata cinta kepada gadis yang bukan miliknya, usah terkejut andai anda bukan wanita pertama yang mendengar kata-kata itu dari mulut si dia. Dan usah juga berharap bahawa anda adalah wanita terakhir yang kononnya bertakhta di hati si dia.

        Lelaki yang soleh hanya akan berbicara selayaknya dan seindahnya buat zaujah tercinta.