Tuesday, July 10, 2012

dear future husband


 

                                                               
Wahai bakal suamiku,
Apa khabar dirimu?
Sihatkah imanmu?
Bagaimana  agamamu?
.....................................







Arghhh, this is crap! Geli cair isi telinga aku nak memikir menyambung ayat sengal kat atas tuh.
That is not my genre lah. Nak membaca boleh, but I've stop writing those ayat bunga-bunga nie lama dulu dah.




Abang, where are you? I hope I can meet you soon.
Whoever you are, just live in my mind, okay? And in my du'a too.
I have so much to tell you.
At this moment, I have no one to share my stories, my thoughts.
I hope I could meet you real soon. I can't wait to share everything with you.

Please, and please... Come and find me soon. I'm dying in my own thoughts.
And remind me not to tell out those stories to other guy, okay? I want to share them just with you, my real husband. 


Please save me.



And when that time comes, would you sincerely listen to me?




Tuesday, July 3, 2012

CINA OR MELAYU ; MELAYU OR CINA ???



            Alhamdulillah, tadi tercapai jugak impian nak takluk Bukit H yang berdiri  bongkak kat Taman Semarak nuh. Berbekalkan cuma segelas air masak yang aku sempat teguk sebelum keluar rumah tu, aku start lah mendaki... Ohhh, memang bukan kerja mudah semudah masak air. Berapa kali aku mengalah. Rasa nak pitam, nak muntah, nak rebah semua ada. Tapi lepas rehat seketika, kumpul semangat balik, aku teruskan jugak.

                     

        

              Asalnya memang naik dengan bapak aku. Gila apa aku nak pi merendek luar rumah sensorang. Masuk hutan pulak tuh, memang tak ah kan.. Tapi disebabkan aku baru amateur lah orang cakap, bapak aku tahap advance punya level, dan aku sangatlah bertolak ansur orangnya.,aku insist la bagi bapak aku jalan dulu. Takpe, kalau aku boleh sampai memang kira pecah rekod ah, tapi kalau aku tak sampai pun bukan ada Guinness Record nak catat rekod aku tu pun kan..           
       
         So basically most of the times memang aku jalan sensorang lah. Bagi menyahut seruan kerajaan yang mungkin bakal bertukar tampuk pimpinan tu, aku senyum jer tiap kali jumpa berselisih dengan sesapa yang turut naik turun mendaki dekat situ. 95% orang tua jer beb, budak muda ada la kot dua tiga empat lima enam tujuh orang. Jumpa orang tua aku senyum tayang gigi. Jumpa budak muda gen XY aku tunduk muka bilang tanah dan anak batu yang aku dah sempat daki. Malu! (cehh,piirahh!)

 

            Bila jumpa orang tua cina..:
“ Pagi...”
“ Aih, penat dah ka? Takpa,pelan-pelan.”
“ Lu sorang ja ka?”  Yang nie aku jawab : “ heheh, abah dah ada kat atas..” *senyum lagi*           

         Bila jumpa makcik melayu..(makcik jer,pakcik okey..) :
Pandang aku sebelah mata pun idak, senyum kau jangan haraplah kan.
Tiba-tiba telinga lintah aku cepat jer menangkap ayat yang keluar dari mulut merekah makcik sorang tuh kepada kawan dia yang makcik jugak. 
 “ Hang tengok, segak macam tu jalan sorang..” (nada sinis lagi skeptis)
Aku yang terdengar kelam muka sekejap. Kening aku automatik naik sebelah. Ek, makcik nie cakap tentang akukah?? Macam terasa ja...
                     

        Dalam hati aku rasa panas sekejap. Deyy makcik, apahal main
cakap-cakap belakang neh? Tak puas hati datang depan ar.., boleh aku explain yang.., saya nie tak jalan sensorang lar, bapak saya dah jauh ke depan. Dah kaki saya nie yang sebenarnya lebih tua dari usia, dan kaki bapak saya tu lagi muda dari apa yang dilihat, makanya saya nie terpaksa akur akan suratan takdir bahawasanya saya memerlukan masa tambahan bagi melaksanakan mission impossible ini. Ada paham...?



 


            Tapi hati kecil sebenarnya melonjak happy... Eh, aku nie segak ka? Ada jugak orang nak kata aku ada rupa kan. Takpe lar, makcik punya pasal, saya telan jer apaper pun yang makcik cakap. Haha, bukan senang nak ada orang puji aku. Selama nie kejian ja yang aku dok dengaq.
            


         Tapi betul la, typical malay.., mengutuk jer tau., menolongnya tidak. Dah la kerja kutuk orang, kutuk belakang pulak tu. Depan-depan diam membisu ngalahkan patung lilin. Tahu takut ek. Suka sangat buat assumption sendiri, macam tu mana tak banyak salah faham? Dosa pun banyak, iyer dok?