Friday, March 14, 2014

.zaman sekolah.


Pabila dibelek-belek kembali rakaman foto, terungkap kembali 1001 jenis cerita dan kenangan yang sudah lama bersarang di hujung sudut hati dan memori. Sesungguhnya pengalaman itu berbagai.

Bermula daripada rasa penuh teruja untuk memasuki Form 1 di sana. Kerana memikirkan peluang untuk terus kekal bersama dengan sahabat akrab yang lama terpisah sejak Darjah 6 (setahun jer pun padahal). Kepada rasa sedih dan tertekan yang sungguh sangat menekan jiwa semasa Form 3. Dan semasa di Form 3 jugalah lebih mengenal dunia dan lebih mengekspresi rasa dengan 1001 jenis pengalaman juga. Kepada rasa stress yang menggila dengan subjek-subjek SPM semasa Form 4. Dan seterusnya kepada zaman Form 5 yang mula mengenal dan mencintai Akaun bersama sahabat-sahabat sekelas yang banyak ragamnya, serta guru-gurunya yang pelbagai cara. 

Pahit atau manis. Suka atau duka. Cinta atau benci. Semua itu kekal di sini. Di dalam hati, juga memori.  =)

 with the only non-muslim teacher there. he's nice. =

 we fought. and we laughed. 



 my crazy classmates


 trip to uia. =]

 with the class teacher. =]




2 comments:

suraya azmi said...

alolo comelnye atin..ni dah tahap bosan sgat ke tetibe je rajin update ni??haha

miss aten said...

hahaha.. agak la, mmg bosan pown xde mende nak buat.
huhu

Post a Comment