Tuesday, April 15, 2014

Latihan Berterusan Palapes

   Bukan nak 'chewi' atau tunjuk propa bagai. Tapi hanyalah bertujuan menjadikan ia sebagai sebuah nukilan memori, yang mungkin bisa menjadi teman pencetus senyuman kala rasa sedih dan tertekan datang bertandang.

   Tanggal 4hb April 2014, aku menjejakkan kaki ke Kem Hobart, Gurun. Seperti biasa, orang yang datang awal perlu bersiap sedia merelakan kudrat digunakan sepenuhnya bagi persediaan semua pihak menghadapi latihan. Jadi dengan penuh redho aku melakukan tugas-tugasku dengan sebaik mungkin bersama sahabat seangkatan yang lain. Nothing much to say, cuma memang serius PENAT!

   Keesokan harinya, latihan menembak bermula. Latihan menembak berjalan selama 3 hari. Hari last menembak, sebelum kadet dilepaskan untuk latihan E&E, ada pertandingan menembak piring dan membuka & memasang senjata. Bagi kategori "intermediate", kitorang perlu membuka & memasang senjata LMG. Pertandingan menembak piring, memang aku angkat bendera putih awal-awal lagi lah kan. Tapi bagi pertandingan membuka dan memasang LMG tu, aku dapat peluang untuk join sekaki.

    Dia buat by company, and setiap company perlu ada wakil guys dan ladies. Tak boleh guys saja. So dipendekkan cerita, boleh dikatakan aku telah menyumbang kepada kemenangan company aku. (cheeewahh!) Sebabnya most ladies dalam other companies tu had something yang macam ala-ala 'panic attack' gittuh bila orang keliling semua duk provoke and bersorak-sorai mengusik macam-macam. Biasa la pompuan, emo nya memang over lah. So bila dah nervous + panic tuh, susah sikitlah nak buat kerja. Aku pulak jenis yang susah sikit nak panic melampau. Aku akan panic, di masa-masa di mana aku cari barang aku tak jumpa-jumpa. Dan bila aku dipaksa buat sesuatu yang aku tak reti atau tak tahu, tapi aku kena jugak buat. Macam contoh nak kena baca perintah masa zaman junior dulu. huhuhh
And so dalam kes ney, neither is involved. Aku tahu cara nak bukak and memasang benda alah tu. Cuma nak ingatkan balik jer. Dan daripada pemerhatian, aku tahu aku boleh buat, and so sebab tu kowt aku tak kalut sangat. Cuma kalut nak kejar masa jer la.

   Selepas itu sumpah rasa puas sesangat. Rasa "accomplished". Rasa berbaloi. And proud., of myself. Sebab asalnya aku jenis orang yang walaupun aku rasa aku nak sesuatu benda, tapi aku bukan jenis yang directly ikut kata hati. Aku perlu kumpul segala kekuatan dan keberanian sebelum my body act as what I want. The same for things that I feel like saying jugak. Macam-macam aku fikir sebenarnya sebelum nak mengeluarkan sesuatu ayat. Macam contoh dalam kes ney, aku akan fikir, yang kalau dah ada orang lain nak buat, aku rela undur diri, walau sebenarnya aku berminat untuk buat benda tu.

   It's the fact that I actually overcame this dilemma, yang buat aku sangat bangga dengan diri aku. It's a good improvement, kan? When sometimes, at proper times, you let go of the things that involve other peoples' judgments and feelings, and try to live your life for your own happiness. Asal jangan melampau sudaa..  :'] 

2 comments:

suraya azmi said...

untung la..dah menang nak cakap banyak pulak..puiihhh...hahaha

miss aten said...

uishh, bior ler... dengki.. :p

Post a Comment