Wednesday, February 18, 2015

Annual Camp PALAPES USM _3_

Minggu Pertama  :  Annual Camp PALAPES USM _1_

Minggu Kedua     :  Annual Camp PALAPES USM _2_ 

Minggu Ketiga

    4hb Februari 2015, kadet senior mula aktiviti seterusnya iaitu fasa medan di Kulim, Kedah. Lebih tepat lagi dekat Bukit 40, Kampung Paya Serdang, Kulim. Situ tempat baru sebenarnya. Compared from senior-senior sebelum ney, diorang buat dekat Padang Meha. Padang Meha tempat dia cantik. Imagine macam padang rumput yang luas terbentang tu. 
However fortunately, tempat kitorang lagi berganda-ganda cantiknya. It's a bukit nama pown. Dekat atas tu view dia, Subhanallah... cantik sangat-sangat! Especially time perubahan siang dan malam. Sungguhlah setiap yang berlaku ada tanda kekuasaan Allah. =]  

    First of all, kitorang kena jalan dari bawah, naik bukit tu. Masa tu memang dah petang sangat pown. Pastu nak kena naik bukit tu. Dah la gelap, geng-geng tinjau ambil jalan susah la pulak. Lagi satu nak kena memanjat bagai. Masalahnya jalan senang ada! Huh, sakit jugak la hati aku. Askar sangat.. Kitorang yang start jalan dulu, orang lain pulak yang sampai dulu. Oh ya, kem kali ney kitorang gabung dengan Palapes UiTM Shah Alam. Saja ubah angin, buat joint venture. =] 
Sampai-sampai jer, kitorang disambut dengan cahaya bulan purnama yang sangat-sangat-sangat cantik! Bulan terang dan bulat elok jer. Besar pulak tu. Malam memang terang based on cahaya bulan jer. Tak payah nak bukak lampu suluh bagai. Perasaan masa tu, sangat overwhelming. 

cahaya dia lbey kurg mcm ney. but in reality, it's indescribable. 
    Since that night lagi, kitorang dah start dengan rutin pertahanan. So ramai yang tak tidur la start malam tu. Kalau tidur pown lewat la. Aku dengan partner aku pukul 3 pagi baru tidur. Tu lepas dua-dua dah give up untuk sambung kerja sebab tempat kitorang keras berbatu yang amat. Apa-apapun, I owe my partner bigtime lah. Heeee... 


    Tak banyak yang aku boleh cerita sebenarnya. Sebab rahsia latihan kan. Takut jugak aku kena interrogate kang, masuk jail bagai. Huhuu.. 
I'll just treat you guys with some pictures la eh. =] 




 Antara gambar pemandangan dari atas bukit. 






    Malam kedua sebelum last, ada la secebis bingkisan memori buat kitorang geng-geng senior Kala Rimba ney. Malam tu sepatutnya kena 'stand to'. Tapi dah takdir nak jadi cerita, jurulatih tangkap dua orang makhluk ney, yang seronok jer tidur time orang lain stand to. Disebabkan tu, semua kena la hadap jurulatih and terpaksa terima jer apa yang nak diberi. Fortunately, aku dengan lagi 9 orang terlepas sebab kitorang masa tu di'attach'kan kepada geng UiTM. 
Tak fully terlepas jugak sebenarnya. Tengah-tengah seronok tidur, pukul 3 pagi tetiba ada dua manusia ney datang kejut cakap ada rollcall. Nak tak nak terpaksa join skuad jugak lah. 

    Sampai-sampai jer dekat meeting area, suasana gamat bagai nak rak. Aku yang tengah mamai masa tu confuse jer, diorang buat party apa neyh? Semua tunjuk muka seronok gila nampak geng 10 orang tadi datang. (dasar tak boleh tengok orang senang., hikhik) . Bila korum semua dah cukup, barulah aku mengerti, diorang buat 'air sahabat' sebenarnya. Nak tak nak, semua wajib rasa. 

comel kan dia ney? hikhik  =]
Hari last. Hari serangan. :') 










Now, annual camp dah tamat. Tinggal nak balik USM, kemas-kemas cuci barang semua, lepas tu boleh qada tidur. wiwiwiiii... 

Dah sampai USM, senjata yang dah digunakan tu nak kena cuci. 
Hari last senior dengan senjata. Goodbye honey., stay well. =[ 





Malam tu ada dinner sebenarnya. Malam Akrab Pegawai Kadet. Tema dia Pirate Night.
Nah gambar. =]

baju merah tu JL kitorang.. howdy, stap! 
sorg2 da gaya muka penyangak daa..





his name is Tn. Abang. n he really IS our abang. =] 

Now, this is truly THE END. heheh
Lepas ney tinggal nak survive latihan kawad pulak. Kawad. kawad, dan kawad. 
InsyaAllah, 15 Ogos 2015 tarikh tauliah. Di UPM. 
Wish us well, please.  =] 


Adioss... 

Saturday, February 14, 2015

Annual Camp PALAPES USM _2_

Minggu Pertama  :  Annual Camp PALAPES USM _1_

Minggu Kedua   

    Dah habis pandu arah dan menembak. Kitorang kembali ke USM untuk fasa kem seterusnya. Yang ney baru betul-betul annual camp sebenarnya. Yang minggu first tu buat sebab nak ganti latihan berterusan yang sepatutnya dibuat masa mid sem sem depan sebenarnya. So dalam annual camp ney dia ada 3 fasa. Fasa 1 untuk ulangkaji. Fasa 2 untuk fasa kem atau fasa ujian. Dan fasa 3 adalah fasa medan. Minggu kedua kiranya cover untuk fasa ulangkaji dan fasa ujian lah yek. 


    Lima hari allocated untuk fasa ulangkaji ney. Kalau nak ikutkan pengalaman, these are the times I dread the most. Why?? 
Sebab masa ney ada Physical Training(PT) (tambahan) Perang. PT Perang lah kiranya. Masa ney kau kena pikul bagpack yang ada isi 4x messtin pasir for girls and 5x for guys. Semput weh! Nak kena lari lompat frontsupport bagai dengan benda alah tu. Tapi kali ney banyak leisure la time pt tu. Nasib baik pegawai latih tak turun langsung ambil pt. Ingat lagi masa junior dulu, berbakul-bakul pegawai latih tu kena sumpah dengan aku. Teruk gila pt dia bagi! Nak kena angkat orang bagai. Aku nak bawak diri aku pown lelah. huh.. 

ulangkaji baca peta
khusyuk sungguh tu adi. =]

stap poji n the YOs.. 
    Nak jadi pegawai, at least you need to be capable of three things. 1. Baca peta. 2. Baca perintah. 3. Mengawadkan skuad. So dipendekkan cerita, these are the three important things we were asked. Haa, satu lagi I forgot, part membuka dan memasang senjata. Dah senior, you need to handle GPMG and also the 60mm Mortar. 

    Now tibalah hari ujian. Macam mana pown, aku nak mention jugak. This is the most hectic week ever! setiap malam cuma dapat tidur for 1-2 hours ONLY. Kadet dilayan macam regular sungguh. Kalau boleh dia tak nak bagi tidur langsung. What choice do we have?? huhuu.. 

eye bag aq teruk gila masa ney. x nmpak sgt la.
tp tgok mamat tu, dark circle dahsyat kowt
nampak tak tu? nampak tak tu?? haha
Hari ujian kawad. 





Preparation untuk ujian TEWT / Baca Perintah.

faizah tgh serabut. haha


konon2 jer ney...



    Aku mention dah kan yang minggu ney kitorang memang semua tak cukup tidur. Untungnya, masa ujian TEWT ney, aku dapat Penguji yang sangat baik. Nama dia Left. Kol. Borhan. Kitorang diuji dalam group. Group tak group, sorang-sorang jugaklah kena buat. Yang bestnya, lepas kau dah buat, sementara nak tunggu orang lain habis, dia bagi kau tidur. Hahaha.. Cuak jugak aku masa dia mula-mula suruh tidur, suruh baring pulak tu. Macam perli jer.. Tapi orang lain semua dah start terlentang, aku pown joinlah sekaki. =] 
Kalau dia tak bagi tidur pown, semua memang dah tersengguk teruk dah depan-depan dia. Ada la sejam dua jugak aku tidur dengan amannya kat situ. Heeee... 



Tamat dah fasa ulangkaji dan ujian. Lepas ney sambung dengan fasa medan pulak. Heeeee... =]


Next chapter :  tunggu rajin. =] 



Friday, February 13, 2015

Annual Camp PALAPES USM _1_

Annual Camp PALAPES USM 2015.
19 Jan - 10 Feb 2015.
3 minggu bhaiii..

Minggu Pertama

   We started off dengan aktiviti Pandu Arah. Kitorang dibahagikan kepada 10 sindiket which means group la. Each group then were dropped to our own assigned station before we start the journey on our own. Dalam pandu arah ney, setiap sindiket dibekalkan dengan kompas, protractor and a map. Then, up to you lah macam mana kau nak figure things out. Yang penting kau sampai ke destinasi. 
Kitorang dilepaskan pown dah lewat. Group aku dilepaskan dalam lebih kurang pukul 5.30 petang. Nak kena jalan 6km tu beb! 

   Perjalanan dia, ya Rabbi.. buat aku nekad tak nak join Palapes dah lepas ney, walaupun sebagai YO. Ini persepsi aku masa hari kejadian: 'It's really, really, really hard I question myself over and over why didn't I just pass this camp out.' We had to climb, to jump like, most of the time. Dengan beban bagpack yang sesungguhnya sungguh berat. 
Tapi sungguh la, mana nak dapat mutiara andai malas menyelam ke dasar laut kan. 

                            


   I am a nature lover. Along the journey masa pandu arah tu, susah memang susah. Tapi each and every step rasa sangat berbaloi bila kau dongak atas dan lihat sekeliling. Kitorang banyak lalu kawasan ladang. Ladang sawit, ladang getah dan jugak kebun sayur. And those area adalah kawasan berbukit. So kau bayangkan macam mana magnificentnya view kat sana.  Especially during sunset. 

tengok dengan mata sendiri sumpah lagi best! 
   Dah perjalanan pown 6km kan, obviously kitorang kena jalan malam. Kali ney nasib baik dah lepas all those difficult phases. Guess what? 
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar. 
View langit malam SANGAT, SANGAT, SANGAT, SAANGATTTT CANTIKK! 
Seriously aku rasa segala-galanya berbaloi sangat. Aku rasa bersyukur aku masuk Palapes. Aku rasa bersyukur aku join camp kali ney. Aku rasa bersyukur aku dapat group yang kena jalan paling jauh. Those dazzling night stars seolah-olah menyambut kedatangan aku dengan tangan yang terbuka luas. Everything paid off. And I'm satisfied.


   Dua, tiga hari jugak kitorang nak habiskan 20km journey. 
After pandu arah, kitorang ada latihan menembak dekat Kem Hobart, Gurun. Empat, lima hari jugak la kat sana. Aku tak ingat dah, hikhik. Kalau sebelum ney kitorang berpeluang menembak dengan M16, M203 and GPMG. Tapi kali ney cuma berpeluang pakai M16 jer. Jadi la daripada tak da langsung.




   Hari kedua menembak. Aku tak join, Injured kaki. Bosan boh duduk kat kem jer. The rest yang sihat pergi latihan menembak la kan. I don't know what exactly they were doing. Tapi aku rasa beruntung sebab aku tak pergi. hikhik..

see, this's what they did. haha
layan jer la peg latih xda mood. 

    Long story short, masa hari last latihan menembak tu, kitorang ada pertandingan jatuh piring. Haa, masa ney la nak tunjuk skill sharp shooting masing-masing. Tapi, orang macam aku yang mata pown tak berapa nak nampak ney kerjanya duduk tepi je lah. Lima orang setiap peringkat. For us senior, yang perginya were Haziyah, Miza, Steve, Syeera and our last minute hero, si Nazri duit syiling tu.

   MasyaAllah, the competition were so thrilling. Kitorang lawan setiap peringkat taw. Together against the YOs, the coaches and the Officers. Bila dah lawan atas nama peringkat ney, tentu-tentu lah the pride is on the line. Masing-masing nak menangkan nama masing-masing kan. Lawan punya lawan, at last senior succeed masuk final. During final, senior lawan dengan (aku x pasti) whether YO or the coaches. Tapi sungguh, all seniors rasa berdebar gila masa final tu.

   Mana taknya. There were 10 piring semua sekali. Kedua-dua team, shoot, satu satu jatuh. Last sekali, cuma tinggal satu jer piring yang degil tak jatuh jatuh. Satu for each team pulak tu. Semua dah nervous gila. Team mana yang nak jatuh dulu ney. Mana yang jatuh dulu, team dia la yang menang.
Akhirnyaa, at the most crucial moment. Nazri tembak jatuh that last piring. phewww...
Everyone was soooo exhilarated. Semua pakat baling jungle hat masing-masing. Gaya dah macam hari konvo la pulak. And thus, senior won the tournament. *big smile..*
And, because of that, malam tu kitorang terlepas daripada kena 'hell' dengan pegawai latih.
Hihi, good job guys!

nampak tak happy nyaa lah masing2. =] 
   This is actually kali terakhir kitorang, senior pergi Kem Hobart tu. Dah senior kan. Tiga tahun dah melawat tempat tu. Cukup la. Sebab tu kali ney apa-apa semua excited sikit. Menang pulak tu. Lepas ney, semua tinggal kenangan jer la.
Hari last, pegawai latih baik sikit. Dia belanja aiskrim for everyone. Heeeee..

tengah tunggu bas nak balik USM. wiwiwii

   Lastly, goodbye Kem Hobart. Dirimu dalam kenangan. hakhak..

Next chapter:  tunggu rajin. =]