Wednesday, February 18, 2015

Annual Camp PALAPES USM _3_

Minggu Pertama  :  Annual Camp PALAPES USM _1_

Minggu Kedua     :  Annual Camp PALAPES USM _2_ 

Minggu Ketiga

    4hb Februari 2015, kadet senior mula aktiviti seterusnya iaitu fasa medan di Kulim, Kedah. Lebih tepat lagi dekat Bukit 40, Kampung Paya Serdang, Kulim. Situ tempat baru sebenarnya. Compared from senior-senior sebelum ney, diorang buat dekat Padang Meha. Padang Meha tempat dia cantik. Imagine macam padang rumput yang luas terbentang tu. 
However fortunately, tempat kitorang lagi berganda-ganda cantiknya. It's a bukit nama pown. Dekat atas tu view dia, Subhanallah... cantik sangat-sangat! Especially time perubahan siang dan malam. Sungguhlah setiap yang berlaku ada tanda kekuasaan Allah. =]  

    First of all, kitorang kena jalan dari bawah, naik bukit tu. Masa tu memang dah petang sangat pown. Pastu nak kena naik bukit tu. Dah la gelap, geng-geng tinjau ambil jalan susah la pulak. Lagi satu nak kena memanjat bagai. Masalahnya jalan senang ada! Huh, sakit jugak la hati aku. Askar sangat.. Kitorang yang start jalan dulu, orang lain pulak yang sampai dulu. Oh ya, kem kali ney kitorang gabung dengan Palapes UiTM Shah Alam. Saja ubah angin, buat joint venture. =] 
Sampai-sampai jer, kitorang disambut dengan cahaya bulan purnama yang sangat-sangat-sangat cantik! Bulan terang dan bulat elok jer. Besar pulak tu. Malam memang terang based on cahaya bulan jer. Tak payah nak bukak lampu suluh bagai. Perasaan masa tu, sangat overwhelming. 

cahaya dia lbey kurg mcm ney. but in reality, it's indescribable. 
    Since that night lagi, kitorang dah start dengan rutin pertahanan. So ramai yang tak tidur la start malam tu. Kalau tidur pown lewat la. Aku dengan partner aku pukul 3 pagi baru tidur. Tu lepas dua-dua dah give up untuk sambung kerja sebab tempat kitorang keras berbatu yang amat. Apa-apapun, I owe my partner bigtime lah. Heeee... 


    Tak banyak yang aku boleh cerita sebenarnya. Sebab rahsia latihan kan. Takut jugak aku kena interrogate kang, masuk jail bagai. Huhuu.. 
I'll just treat you guys with some pictures la eh. =] 




 Antara gambar pemandangan dari atas bukit. 






    Malam kedua sebelum last, ada la secebis bingkisan memori buat kitorang geng-geng senior Kala Rimba ney. Malam tu sepatutnya kena 'stand to'. Tapi dah takdir nak jadi cerita, jurulatih tangkap dua orang makhluk ney, yang seronok jer tidur time orang lain stand to. Disebabkan tu, semua kena la hadap jurulatih and terpaksa terima jer apa yang nak diberi. Fortunately, aku dengan lagi 9 orang terlepas sebab kitorang masa tu di'attach'kan kepada geng UiTM. 
Tak fully terlepas jugak sebenarnya. Tengah-tengah seronok tidur, pukul 3 pagi tetiba ada dua manusia ney datang kejut cakap ada rollcall. Nak tak nak terpaksa join skuad jugak lah. 

    Sampai-sampai jer dekat meeting area, suasana gamat bagai nak rak. Aku yang tengah mamai masa tu confuse jer, diorang buat party apa neyh? Semua tunjuk muka seronok gila nampak geng 10 orang tadi datang. (dasar tak boleh tengok orang senang., hikhik) . Bila korum semua dah cukup, barulah aku mengerti, diorang buat 'air sahabat' sebenarnya. Nak tak nak, semua wajib rasa. 

comel kan dia ney? hikhik  =]
Hari last. Hari serangan. :') 










Now, annual camp dah tamat. Tinggal nak balik USM, kemas-kemas cuci barang semua, lepas tu boleh qada tidur. wiwiwiiii... 

Dah sampai USM, senjata yang dah digunakan tu nak kena cuci. 
Hari last senior dengan senjata. Goodbye honey., stay well. =[ 





Malam tu ada dinner sebenarnya. Malam Akrab Pegawai Kadet. Tema dia Pirate Night.
Nah gambar. =]

baju merah tu JL kitorang.. howdy, stap! 
sorg2 da gaya muka penyangak daa..





his name is Tn. Abang. n he really IS our abang. =] 

Now, this is truly THE END. heheh
Lepas ney tinggal nak survive latihan kawad pulak. Kawad. kawad, dan kawad. 
InsyaAllah, 15 Ogos 2015 tarikh tauliah. Di UPM. 
Wish us well, please.  =] 


Adioss... 

2 comments:

suraya azmi said...

oit,kawad nt pkai senjata la..huhu

miss aten said...

oh yeah, eden lupo.. heheh

Post a Comment