Wednesday, June 10, 2015

10 APRIL 2015. continuation


I was asked to go to the Klinik Kesihatan Kerajaan. Dekat Sungai Dua. Dekat situ memang tempat yang ada buat HIV test. Selalu orang yang nak kahwin akan buat ujian dekat situ. Mulanya aku kena pergi Pusat Sejahtera dulu, diorang yang akan hantar aku. So hari tu pukul 9.30 pagi aku pergi Pusat Sejahtera, jumpa Puan Azima, dia bagi surat untuk aku sampaikan dekat Dr. Khamariah yang bertugas dekat Klinik Kesihatan tu. Jumpa ja Puan Azima tu, dia peluk aku. Dia kata muka aku ceria hari ney. Haha, ceria ker? Aku rasa aku memang pasrah gila dah. Memang aku tak pikir apa pown awal-awal tu. Memang sengaja tak nak pikir pown. But the moment she held me, dada aku tetiba jadi sebak. Air mula memenuhi empangan kolam mata. Nasib baik tak lama dia peluk aku. So air mata aku sempat tahan bagi masuk balik. huhuu

On the way to the klinik, abang nurse yang jadi peneman pak cik driver tu tanya aku; "Adik sakit apa ah?" Aku hanya mampu jawab; "Tak tau lah... doktor suruh pergi klinik, saya ikut jer cakap doktor." Memang tak ah aku nak jujur terus terang dalam tu kan. Sepanjang jalan aku memang diam jer. Sebenarnya tengah tahan nak nangis gila-gila. Tak, aku tak boleh pikir. Aku tak boleh bayang. Aku tak boleh ada rasa apa pown. Sebab bila aku teringat automatik aku rasa nak nangis. And sepanjang hidup aku, nangis depan orang is something I really want to avoid. 

Long story short, aku dah sampai klinik dan sekarang aku tengah dalam bilik Dr. Khamariah tu. Alhamdulillah dia sangat cool dan lepak. Dan baik sangat.. Dia tanya aku, ada buat apa-apa aktiviti berisiko tak. Yang mungkin boleh jadi penyebab virus tu. Virus HIV boleh ada dalam badan kau HANYA dengan EMPAT cara: 

1. Hubungan seks. Dengan orang yang positif HIV.
2. Dari ibu kepada anak/kandungan. 
3. Pemindahan darah. 
4. Berkongsi jarum suntik. (mostly applies to drug addicts) 

Demi Allah aku tak pernah ada kaitan dengan segala benda yang disebut kat atas tu. Aku dah tanya mak aku kalau-kalau masa kecil aku pernah sakit dan pernah terima darah orang. Mama cakap tak pernah, dia jaga aku baik ja., aku ja yang bila dah besar tak reti nak jaga diri sendiri. huhu.. Pasal jarum pulak, badan aku hanya pernah dicucuk oleh jarum doktor semata-mata. Tak pernah lagi aku hilang iman nak cucuk jarum sendiri-sendiri. Melainkan jarum jahit lah. Itu selalu. Huuu... Hubungan seks? Haihh Nauzubillah.., Aku takut pikir pasal kawen pown sebab benda tu lah. Takut. Sakit. Aku tak suka badan aku disakiti. Err...
So konklusinya Dr narrate dekat kad pesakit aku tu: "Denies all risk behaviors". She asked me a few times though whether I have a boyfriend or not, married or not. lulz.. 


Sepatutnya aku kena ambil ujian darah hari ney jugak. For confirmation test. Tapi tak jadi sebab Dr. Khamariah cakap yang ujian tu kena ambil darah sebelum jam 9 pagi. Aku dah lewat so hari ney aku buat ujian 'Rapid HIV Test' jer. Dah nama pown 'rapid' kan, result dia pown cepat la dapat. Tunggu 30 minit jer dah boleh tengok result. Doktor cakap ujian ney 99% accurate. But we'll never know. Aku still kena buat lagi dua, tiga ujian, for confirmation. 

The result of that Rapid Test? 

Alhamdulillah, all thanks and praises to Allah. I'm NEGATIVE! Dekat kertas tu dia tulis lebih kurang macam ney la: 

                                  Anti-HIV virus:      NON-REACTIVE     /     REACTIVE 

Tak sempat nak ambil gambar. Ye lah, masa tu mana kau nak pikir apa pown kan. Doktor tak bagi kat aku result tu. Dia buat garis-garis atas word REACTIVE tu and dia buat bulat besar dekat word NON-REACTIVE. Mulanya aku cuak jugak. Antara happy and upset. Sebab word 'ANTI' kat depan tu. You know, 'anti' could mean something yang totally different from the word we see. It could mean the opposites!

gambar ney aq gugel. nak bagitaw lebih kurang mcm ney la result dia

for further information

Jumpa doktor balik, dia tanya aku: "Boleh baca kan?" Haha.. So aku tanya dia untuk confirmation, apa maksud 'anti' kat depan tu. Dia cakap it stands for 'antibody'. Huh, aku memang lega gila rasa. 
Terima kasih ya Allah. Terima kasih doktor. Terima kasih mama abah yang pagi sebelum nak pergi klinik tu aku berharap sangat agar mama dan abah doakan aku selamat. Padahal aku tak call dorang pown. Sixthsense, ahhaaa.. 

Untuk yang tak tahu, kenapa result dia macam tu, kenapa bukan positive negative. Sebab rapid test ney hanya ujian untuk tahu samada dalam badan kau ada antibodi HIV atau tidak. 
Sequence dia macam ney: 
Saat virus tu masuk dalam badan kau, melalui salah satu cara yang aku stated kat atas tu, badan kau akan produce antibody, untuk melawan virus tu. Kalau kau takde virus tu, kau takkan ada antibodi tu. So ujian ney dia tengok sama ada antibodi untuk melawan virus tu ada atau tidak dalam badan kau. Whether they are active or not. Kalau active, besar kemungkinan kau dah dijangkiti HIV. Kalau tak alhamdulillah lah, kau masih sihat walafiat. Which in my case, is the later.  Alhamdulillah. 

I still need to undergo a few tests., just for confirmation. Doakan aku selamat eh.. huuuu... 


2 comments:

suraya azmi said...

Oit,patut la hari tu g ambik darah..pape pun,semoga semuanya baik-baik belaka..

miss aten said...

hahaha.. settle dah. tp aq malas nak update. hihi

Post a Comment