Thursday, June 25, 2015

As a TESOLIAN

Assalamualaikum wbt.
Tanggal 8 Ramadhan 1436H. Subuh yang hening. Alhamdulillah atas segala nikmat kehidupan. 




Namun pagi aku dicemari dengan berita yang kurang enak untuk dihadam. 



Mungkin ada yang akan pikir; "Alah, kau ney yang sensitif sangat. Chill sudah." "Tak payah nak buat teruk la. Dah memang itu kenyataan kan." 

Well, you guys are wrong. TIGA tahun aku jadi budak universiti. Selama TIGA tahun jugak aku tadah telinga tahan jer dengar budak kos lain cakap pasal benda ney sambil tampal senyum plastik 10 juta megawatt. 

No, you are wrong. Budak TESOL bukan setiap hari kerja karang esei berkajang-kajang. Bukan setiap hari kerja hafal new word new vocabulary. Bukan setiap hari kena baca novel BI sepanjang masa. We are taught to teach, for God's sake. If you have no idea how tough that sound, I welcome you to come and join us. 




Nak tahu sangat kan, budak TESOL USM belajar apa. Selama ney dowk nampak kami happy ja sikit-sikit upload gambar makan berjemaah. Sikit-sikit gambar berjalan. Sikit-sikit gambar holiday. Sikit-sikit gambar yang nampak sangat semua happy takda masalah. 
Well, kami belajar pasal phonology, pasal syntax, pasal tree diagram, pasal morphology, pasal formation of words, pasal how HUMAN first acquire language, pasal world englishes. Haa part ney nak kena ambil tahu pasal SEMUA language dalam dunia, SEMUA culture SEMUA history SEMUA social background that affect language, that affect dialect. Kami study pasal literature AROUND THE WORLD, pasal action research, yang mana disebabkan kami kos TESOL, lecturer insist  yang kami buat mini conference equivalent to the Masters level, nak kena hadap berpuluh English journal untuk siapkan satu research. Kami study teknik-teknik mengajar BI dengan berkesan. Dalam satu subjek, nak kena terapkan reading skill, writing, listening and speaking skills. Setiap satu skil memerlukan cara pengajaran yang berbeza. Kami study pasal various techniques and methods just to teach English. Kami dipaksa berlakon depan public, depan stesen bas. Nak tak nak tahanlah, pendamlah, buanglah malu, segan tu jauh-jauh. Bukan setakat berlakon biasa-biasa, nak kena berlakon jadi binatang, dengan kostum yang macam-macam. 
Ini baru pasal major. 

Now, move on to our minor course. 
Semua Tesolian WAJIB ambil minor multimedia. Kami tak diberi pilihan. Suka atau tidak, mahu atau enggan, kau hadaplah laptop tu. Korang yang kos lain ney sekurang-kurangnya kau study pasal benda yang kau minat jugak. Tapi Tesolian, we don't have a choice. Nak tak nak, kau kena create a web, create a multimedia presentation, a flash and 3d video animation. Nak kena build an education website, nak kena berlakon, mengarah, mengedit video. Nak kena tahu photoshop, nak kena tahu edit audio file, nak kena belajar pasal Adobe After Effect, Adobe Premier, Adobe Dreamweaver, Adobe Illustrator dan segala jenis mak nenek Adobe tu. Nak kena ambil tahu pasal HTML code, yang orang guna nak buat website tu. 
Kau faham tak perasaan bila nak kena buat benda yang kau tak suka, yang kau tak reti, yang kau tak faham tu azab dia macam mana?? 

Just because we handle everything leisurely, and positively, doesn't mean we don't suffer as much. 

The truth is; aku dan kau, tiada beza. Kau rasa susah bahagian kau. Aku juga rasa susah bahagian aku. Aku juga pernah tak tidur kerana assignment. Aku yakin kau juga sama. Aku redho dengan rezeki, dengan bahagian aku. Kenapa kau tak nak rasa redho dengan bahagian, dengan rezeki kau? Kau yang pilih jalan hidup kau, sekarang bila diuji sikit, kau salahkan orang lain. Sedangkan kau yang kurang usaha. 
Jangan jadi bongkak. Angkuh diri kau tak membawa ke mana. Setiap orang dianugerahkan dengan kepakaran yang berbeza. Kalau semua nak mengajar sains, semua nak mengajar sastera sejarah, siapa nak mengajar anak-anak membaca dan faham buku rujukan yang semuanya dalam bahasa Inggeris? Siapa nak mengajar mendidik anak-anak kau yang kemungkinan OKU? 
You think you can survive if you were in our shoes? Heh, dream on. 


Respect people, by how much you wished to be respected. 


Best Regards,
cheers.....

0 comments:

Post a Comment