Thursday, June 18, 2015

ASKAR & AWAM


. . . 
Sekarang masa aman, kau tak rasa keberadaan tentera. Saban hari kau gundah, apa fungsinya mereka. Apa fungsinya elaun kepada kadet tentera. Apa saja kelebihan yang mereka ada. 
"Bukan buat apa pown. Makan free, baju free, hostel free. Buang duit." 
Tapi, baju celoreng askar pown kau suka nak sarung. Tshirt, skirt, legging, pelbagai fesyen semua kau bedal. 
Kau ego. Kau angkuh. Kau pandang orang sebelah mata. 
Aku anak askar. Aku terima bila janji untuk keluar jalan-jalan bersuka-ria terpaksa dimungkiri. Bila cuti sekolah aku hanya dihabiskan di rumah tanpa bercuti dimana-mana destinasi. Bila ayah tak balik kerana kursus sampai berbulan-bulan, tinggal anak bini. Bila balik, tapi dengan luka melepuh berdarah sana-sini. Dan bila negara diancam, aku harus bersedia untuk ditinggalkan, kerana ayah aku mungkin mati. 
Kau kata askar tak buat kerja. Apa kerja kau sendiri sudah betul-betul kau lunasi?? 
Perkara ney takkan jadi isu, andai semua manusia hanya bercakap dalam konteks kepakaran sendiri.
"Kau buat kerja kau. Aku buat kerja aku." 
Kerana kau dan aku, kita berbeza misi dan identiti. 



Sumber: fb 'Zahrin Nordin'

LUAHAN HATI PERAJURIT.
ORG AWAM.
Kami bekerja waktu pejabat.jika rajin buat overtime.gaji kami besar.cuma perlu beri komitmen terbaik.kami sentiasa bersama keluarga.hari perayaan kami sentiasa ada.

TENTERA.
Kami bekerja 24 jam sehari.kalau malas baru kami dapat lelap ayam.gaji kami kecil xsetanding sijil n masa perkhidmatan.waktu perayaan jika ada belas kasihan dari pegawai atasan.tapi kami kena bagi komitmen terbaik,kena korbankan mentaliti kami,korbankan nyawa kami,korbankan kasih sayang kami.sentiasa tiada masa bersama keluarga terutama ketika bertugas.badan kami utk negara,makanan kami alakadar,perut kami buncit bila usia meningkat kerana kehilangan banyak hormon akibat lasak.pakaian kami x perlukan jenama.APA YANG KAMI (Tentera) DAPAT!KAMI GEMBIRA DAPAT LIHAT NEGARA KAMI AMAN.mm,betul ke aman?aman bagi rakyat.tapi bagi kami,kami sentiasa berperang.mental kami sentiasa diuji.

ORG AWAM.
Belahlah askar....penceroboh masuk senang jer,askar buat apa?

TENTERA.
Kami tiada belas.ikotkan jiwa kami cincang penceroboh negara.tapi kami penuh disiplin.strategi kami demi rakyat yg x berdosa.bukan semua pertahanan kami dibenarkan.

ORG AWAM.
Alahhhh..polis kita dah mati.askar jalankanlah tugas.

TENTERA.
Malaysia negara diplomatik.Malaysia sering gunakan perbincangan sebagai langkah utama.memang polis dah ada yang mati.tapi kalau tentera masuk campur.peperangn akan berlaku.bukan sahaja polis, malah org awam turut akn terkorban.

ORG AWAM.
Sudahlah.kerajaan lembab.tentera malas,kami rakyat ketakutan.

TENTERA.
Inilah penghargaan yang kami terima dari rakyat setelah korbankan keluarga kami,mental kami,hidup kami dan harta kami utk negara.tapi kami tetap setia kepada negara.nantikan arahan dan kami akan bertindak. tindakan kami ada strategi.polis pon hebat cuma mereka x dberi kuasa oleh undang2.rakyat bersuara,kami terima,arahan diberi,kami mara.kerana Malaysia, kita yang punya.

0 comments:

Post a Comment