Saturday, June 13, 2015

between life and death. - a continuation

read this first, please. 
and this one, after the above. 


14 APRIL 2015.

Hari first aku ambil darah untuk ujian HIV. Aku missed kelas pagi tu sebab nak pergi ambil darah. Pukul 7.30 pagi aku dah keluar nak pergi klinik. Takut ramai orang. Sampai-sampai sana, MasyaAllah memang ramai gila manusia. Yang aku nampak, semua orang tua. Takda langsung orang muda baya aku dan kebawah yang nak ambil darah masa tu. Blur jugak aku kenapa ramai orang tua datang ambil darah. Diorang nak check apa? Dari lebih kurang pukul 8 pagi, jam 11 baru sampai turn aku. Menguji kesabaran sungguh. Ada la sorang pakcik ney tegur aku; "muda-muda lagi dah ambil darah..?" Aku senyum ja. 'Nak buat macam mana pakcik..' 

Darah yang diambil kali ney, diorang nak buat ujian ELISA, which stands for Enzyme-linked Immunosorbent Assay. This test is usually the first one used to detect infection with HIV. If antibodies to HIV are present (positive), the test is usually repeated to confirm the diagnosis. If ELISA is negative, other tests are not usually needed. 

I was supposed to hear the result of that blood taking on 24th April. Hari tu aku ada Micro Teaching subjek English Language Teaching Method. Kalut jugak la nak kejar ke sana sini. 
sampai-sampai sana, boleh pulak  nurse tu bagitaw aku yang aku kena ambil darah lain. Sebab dia request untuk buat semua jenis tests available, untuk tahu dan betul-betul confirm. Tapi orang kat sana tu, diorang cuma buat ujian ELISA. 
Dan doktor yang sepatutnya bagitahu aku pasal result darah tu pown tiada masa tu. So hari tu aku pulang dengan hati yang kosong. 

Then, pada 28 April, aku datang bertandang kembali ke klinik tu. Ambil darah untuk kali yang kedua. 




21 Mei 2015. 

At last, hari penentuannya tiba jugak. Disebabkan kereta aku tiada masa tu, aku terpaksa minta tolong roomate aku untuk hantar aku pergi klinik. Kalau la my dad tak kena nak guna kereta masa tu, nobody would ever heard of this. She kept asking me kenapa kenapa kenapa. (Sat, mintak sabaq sat wahai roomate.) Tapi takdelah aku cerita kat dia sebelum apa-apa kan. 


Aku nangis teruk malam sebelum tu. I have no idea whether my roomate perasan atau tidak. But I couldn't hold it in anymore. Aku tak suka nak nangis. Sebab sekali aku nangis - teruk. I mean really really teruk. Sebab I wouldn't just cry for one reason. At first yes, I'd cry for something - one reason that triggered the tears. And after that everything would start flooding. All the bad memories. All the disappointments I kept caged came freeing themselves. To stop? Sangat, sangat, sangat susah. 

Sepanjang tempoh ini, start dari pertama kali I received that news, hati dan mental aku sakan berdebat antara dua pendirian. 
You know that feeling di mana kau rasa yang dunia ini sangat tidak adil? Well, dunia dengan undang-undang ciptaan manusia memang, tak adil. Tapi hukum Tuhan? Kau tahu they are there for the best. Dari kecil kau belajar yang Tuhan itu Maha Penyayang, Maha Pengasih. Kau yakin yang Dia itu Maha Adil. Kau yakin dan percaya, "Allah adalah sebagaimana sangkaan hamba-Nya". Dan kau pasti, ada hikmah di sebalik setiap peristiwa kejadian yang dijadikan-Nya. 
However I.., may Allah forgive me., 
Aku ragui keadilan Dia. Sekiranya aku disahkan positif dengan benda itu esok, I even think to ask for His justification on the Judgement Day. 'Kerana penyakit ini bukan penyakit biasa-biasa. Bukan penyakit yang tiada siapa kisah apa saja terjadi pada sesiapa. Penyakit ini, ia melibatkan maruah. Melibatkan kepercayaan. Melibatkan keteguhan iman. Melibatkan ketaatan dalam beragama. Bukan aku seorang yang akan sengsara. Keluarga aku akan terpalit noda. Orang sekeliling aku akan turut buruk nama. Kawan-kawan aku akan turut rasa terhina. Tuhan, I did nothing to deserve this. Anything else would be acceptable. But not this. Totally not this. Selama hidup aku cuba elak untuk bersentuhan dengan yang lain jantina. Tapi inikah balasannya? Tidak adil. Sangat tidak adil.'  
Namun, siapa kau untuk argue dengan Tuhan?? 

Akal waras aku mempertahankan hebatnya Kuasa Dia.' "Maka apabila Dia mengatakan 'jadi', maka jadilah segalanya". Sentiasa ada hikmah akan setiap apa yang berlaku pada manusia. Sayangnya Dia pada kita, tak siapa mampu lawan. Andai bersabar dengan dugaan, maka syurga, insyaAllah jadi habuan. Mungkin aku tidak mampu untuk menjadi seorang isteri, ibu, dan juga guru. Maka Dia tebarkan halangan.' 
Tapi bila memikirkan diri ini akan terpalit fitnah yang maha besar, maha dahsyat, aku kembali mempersoalkan kewajaran hukuman. Kerana Dia Maha Adil. Kenapa ini balasan aku? Kenapa?? 

Di sebalik itu, dalam diam aku sebenarnya yakin, ini hanya sebuah teguran. Kerana dosa dan noda yang aku buat sekian lama. Kerana Dia Maha Adil, Dia takkan sanggup menurunkan hukuman sebegini rupa. Kerana Dia Maha Adil, Dia takkan biarkan aku dipandang serong kerana perbuatan yang tidak aku lakukan. Alhamdulillah, keyakinan aku pada Dia, masih pada tahap yang maksima. 

Esoknya, aku terima keputusan. Nervous ada. Takut pown ada. Whatever it is, always be prepared for the worst. Itu mantera aku selama aku hidup. Supaya kau tak kecewa, kau tak derita, dan kau bersedia. 

Masuk bilik doktor, doktor senyum. "Jangan risau. Result awak good news." 

The rest is history... 


0 comments:

Post a Comment