Sunday, November 22, 2015

Pentauliahan PALAPES Universiti Awam Sidang 34

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, Maha Penyayang. 

   Dah 3 bulan berlalu. Namun tanggal 15 Ogos 2015 masih kekal terpahat dalam ingatan. 
Hari Pentauliahan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) sidang 34. Hari di mana segala peluh dan darah terbayar. Segala jerih payah terbalas. Segala penat lelah terbubar. 
Hari itu air mataku jatuh. Saat Sultan Selangor merasmikan pangkat Leftenan Muda di bahu kami semua, dadaku sebak. Tergambar kembali segala pahit manis suka duka kenangan yang kami lalui dari zaman Junior, Intermediate dan Senior. 



JUNIOR. 
1. Tak terkira berapa kali aku kena ketuk kepala dengan batang kayu pokok sebab jadi Ketua Platun yang clueless. 
2. The best water in the world? = Air sejuk sungai yang diambil direct dari sungai di kawasan hutan Bukit Hijau, setelah penat lelah meredah hutan dan segala macam aktiviti yang telah dibuat. 
3. Jumpa segala macam lintah pacat tapi semuanya tak diendah tak dihirau siap bila pacat naik atas badan boleh terus tarik baling jauh macam tu ja sebab I'm too busy and tired to care. 
4. Setiap kali kelas Palapes kena berlari dari IK sampai ke Dewan Kuliah, pergi dan balik, pagi, tengah hari dan petang. 
5. Oh, yang ney aku tak boleh tinggal. Macam mana perasaan bila kena tinggal dengan THE ONLY driver yang supposed to be with us, pegi dan balik dari Batu Feringghi. lol 





INTERMEDIATE. 
1. Berapa kali dipaksa berendam dalam lopak/parit, yang sebenarnya lepas tu dapat tau tu tempat lembu kerbau berkubang. 
2. Kenangan kena crawl daki bukit berbatu yang agak tinggi jugak lepas tu kena bergolek turun pusing-pusing badan macam dalam cerita Hindustan yang leads dia sakan menari berguling dalam hujan tu. Balik tu satu badan aku hijau biru lebam punya pasal.
3. First time rasa "tak sia-sia masuk Palapes" bila tengok nature lepas hujan yang cantik indah gilos masa pergi tinjau dekat Padang Meha.
4. EnE. First time tidur rumah orang yang tak pernah kenal pown. First time naik lori sawit dan lori tnb, malam-malam tidur surau dan banyak lagi lah yang tak pernah dibuat.
5. Masa ney banyak kena punish dan caci maki, sebab Senior sikit-sikit tak puas hati. Yang bukan rank sibuk report sana sini ada ja benda kecil nak dijadikan isu. 






SENIOR.
1. Kenangan lebih sikit sebab jadi rank. Tiap kali kadet tak kira junior, inter atau senior buat salah sikit, rank dan semua senior mesti kena teruk. 
2. Annual camp yang semua kerja makan dan tidur sepanjang masa. Baik fasa kem, fasa medan sama sahaja. 
3. Skuad aku ney, umpama orang kata; 'don't give a damn'. And I like that about them. Tak pernah nak ambil kisah dan sibuk nak ambil tahu pasal apa yang junior dan inter buat. Tak pernah nak mengharap junior inter hormat sakan kena panggil puan tuan bagai bila kat luar. Tak pernah nak marah lebih-lebih bila junior inter tak buat kerja. Congratulation to us, sebab tak menjadi manusia yang 'over'. 
4. No matter how good we are, we always got picked on. Pegawai Latih tak mengaku Pegawai Latih, kena cop sial oleh Pegawai Latih intermediate... hahahahhahahaha lawak gila. 


Okay enough bout cadet life. 

Sepanjang latihan pentauliahan. 

   Dua minggu latihan kawad, setiap hari dan hanya sehari cuti dalam dua minggu tersebut. Ermm, I could say that I'm a warrior..? We all are. 
Alhamdulillah, sepanjang dua minggu takde langsung wakil USM yang tumbang. Semua steady and cool. Kalau hampir jatuh pown sebab tertidur dalam baris. lol




















  Rasa teringin nak join askar sebenarnya dah ada dalam diri sejak kecil. Tapi aku tak sangka dan tak terpikir yang aku akan betul-betul realisasikannya. Aku suka perbarisan. Aku suka kawad. Dan aku suka outdoor stuffs. Suka nature juga, as in masuk hutan. Jadi pegawai? I don't see it as something so big, something so great of a life's achievement. Masuk Palapes pown sebab kos aku wajib ambil ko.k . Sebab aku tak minat ko.k lain, I thought that Palapes is the only one I could stand. 
  Jadi konklusi aku, satu paku di bahu yang membawa pangkat Leftenan Muda ini sebenarnya adalah something that comes with sacrifices. Something you get when you work hard. Even when you least expect it, something worthy would come if you work hard enough. Life is reciprocating after all.. =]




0 comments:

Post a Comment