Friday, December 25, 2015

Bila kau join PALAPES

Pertama kali dalam hidup. Aku menyaksikan keindahan yang maha hebat.
Habis jalan merah dilalui. Laluan batu kerikil diselusuri. Bukit gunung didaki. Semak lalang diredahi. Hutan hujan didiami.
Awal pagi selepas terbitnya mentari.
Setelah penat meredah hutan belukar, mata aku disapa pemandangan yang tak terkata indahnya. Padang luas hijau terbentang, bersama beberapa serakan warna-warna lain bunga penyeri di sini sana.
Tak dilupa juga citra alam luar biasa indahnya, tatkala terpandang bulan mengambang penuh dengan sinarnya yang silau gemerlapan.
Cantiknyaa...
Sungguh, segala-galanya berbaloi.
And as if that wasn't enough, Allah yang Maha Pemurah turunkan lagi rahmat hujan. Cantik yang tadinya was perfect, is beyonddd perfection now.
And I knew it then; I made the right choice . 




0 comments:

Post a Comment