Saturday, September 10, 2016

SINGAPURA : 5 Hari 4 Malam [part 1]


بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Hai semuaaaa! 
Hari ney aku nak bercerita tentang pengalaman aku melawat negara Singapura. Lama dah sebenarnya aku pergi Singapura ney. Tapi aku asyik tangguh jer nak buat entry ney. 

Lepas jer aku habis Latihan Mengajar 12 Mei dulu, aku dengan kawan merangkap roommate masa kat USM dulu, buat keputusan nak pergi bercuti. Kononnya nak release stress praktikal lah ney. Tiket flight padahal dah beli sejak Februari. Masa tu tengah promosi jadi harga tiket murah sikit. AirAsia kan suka buat promosi. 

Kitorang kat sana dari 21-25 Mei 2016
Tiket berangkat hari Sabtu tu pukul 9.30 pagi. Perjalanan dalam lebih kurang dua jam dari Penang International Airport nak ke Changi Airport. Masa dalam flight tu, boleh pulak aku teringat dan terbayang pasal Kim Junghwan. Sebab dalam Reply1988 dia jadi pilot. Hahahaa yang ney kalau siapa yang #TeamJungHwan akan fahamlah.. :P 

Sampai jer kat Changi tu, perkara pertama yang kitorang nak cari adalah plan internet. Tapi cari punya cari, setakat jumpa jer la. Tak mampu nak beli. Mahal sangat oii.. Lagipun kitorang tak lama pown dekat situ. Lima hari jer. Tapi di Airport tu, kitorang sempat beli tiket Universal Studios Singapore (USS) siap-siap. Sebab murah sikit berbanding harga yang kitorang tengok dekat web dia sebelum berangkat pagi tu. Tapi aku nasihatkan tak payah la beli siap-siap. Sebab masa on the way aku nak pergi USS tu, bila dah dekat, tapi sebelum sampai USS taw, ada jer macam orang bukak kaunter tiket dan diorang jual lagiiiii murah daripada harga yang aku dan kawan aku dah beli tu. Tapi kalau diorang tu scammer ke apa aku tak bertanggungjawab taw. Hihii...

Dan di tempat yang sama jugak, kitorang beli "NETS FlashPay Card", atau orang panggil "EZ Link Card". Kad ney untuk senang naik pengangkutan awam kat Singapura tu. Dia boleh guna untuk semua jenis kenderaan awam. Tapi kalau teksi kau kena tengok jugak dia ada ke tak mesin untuk flash kad tu. Kalau takde kena bayar pakai Dolar ler.. Senang ada kad ney. Less time, less energy, less queue, more efficiency.. Kalau kat Malaysia kan pakai tiket kertas tu lagi kalau naik bas nak pergi mana-mana. Aku tak tahu la dekat KL macam mana, sama ada orang sana ada jugak kad tu ka atau tak. Tapi hari tu aku pergi KL, nak naik LRT kena beli tiket dulu. Pastu memang panjang giler ah orang beratur nak beli token tu. Ntah hapahapa kan... 

ney la rupa kad tu. Harga dia SGD12. Dah sekali dengan nilai SGD7 dia masukkan dalam tu. Bila dah nak habis, boleh top up dekat mesin tiket yang banyak jer ada dekat stesen MRT, atau 7e pown boleyy..

Nak keluar daripada Changi Airport tu, boleh pilih nak naik train (MRT), public bus, Airport Shuttle Service atau yang paling senang, teksi lah. Yang paling murah mestilah bas atau train kan. Kitorang cari bas. Nak cari bas boleh pergi Terminal 1,2 atau 3. Dekat lower level / basement of each terminal. Kalau nak naik train boleh pergi Terminal 2 atau 3.

Nak ke bandar Singapura dari Changi, kalau nak naik bas, dekat bus stop tu nanti tunggu bas nombor 36 atau bas 36A.
Kalau dengan train pulak, naik jer train sampai Tanah Merah Station. Dekat stesen Tanah Merah tu, kena tukar train. Tukar naik "West-bound train" pastu pergi la mana-mana korang nak pergi.

Aku sarankan korang naik train. Sistem train kat Singapura ney sangat senang dan efisyen. Kitorang naik bas dulu, pastu tak tahu nak berhenti kat mana. Yelah, bukan kawasan kita kan. First time pulak tu. Kalau naik train dia ada bagitahu ney stesen apa semua.

Hahaha, yang lawaknya, kat Malaysia kan aku dengan Effa tak biasa dengan sistem "flash card" untuk kenderaan awam ney. Kita biasa bayar harga tiket masa naik tu. So, masa naik tu, Effa boleh pulak pergi tanya Uncle driver tu; "tiket berapa eh uncle?" Aku masa tu dah kat depan dah, aku naik dulu. Aku tengok muka uncle tu garang gila. Macam 'annoyyed' pown ada. Dia tak jawab pown soalan Effa. Kesian kawan, hahahaha.. Bila aku perhati betul-betul, aku teringat cerita-cerita Korea yang aku dowk tengok selama ney. Baru la faham... So baru aku cerita kat Effa macam mana sistem bayaran dia berjalan.

Destinasi kitorang adalah Drop Inn Hostel. Tempat ney adalah yang paling murah yang aku jumpa dalam banyak-banyak bajet hotel kat Singapura tu. Dan diorang dapat banyak review yang bagus-bagus jugak. Aku cadangkan korang stay sini kalau datang Singapura. Strong wifi, good hospitality, clean room with airconds and VERY comfortable bed. Aku rasa malas gila nak bangun bersiap pagi-pagi. Rasa macam terus tidur pown sedap ja.. Kalau perempuan boleh mintak female dorm. Ada 8 beds dalam bilik female tu.

drpd pukul 1300 cari jalan, pukul 1700 baru jumpa. sesat sebab tak tahu bas berhenti mana. jauh jugak kitorang jalan kaki. rasa mcm da dekat, tp batang huruf pown x nampak. the end, naik teksi mintak driver carikan. 

Sebab tu aku galakkan korang naik train. Hari kedua aku dah paham macam mana sistem MRT train dia berfungsi. Jadi memang senang la nak berjalan. Dari MRT Tanah Merah station, naik train (green line) yang menuju ke Joo Koon. Berhenti dekat Bugis Station. Tukar train naik yang blue line pulak menuju Bukit Panjang. Berhenti dekat Little India Station. Tukar train naik purple line menuju ke Punggol. Last sekali berhenti dekat Boon Keng Station. Pastu dah boleh keluar dan baru flash card untuk tiket. Masa interchange trains tu tak payah flash lagi kad tu. Nanti dia kira sekali destinasi yang paling akhir.

Dekat MRT Boon Keng station, nak keluar nanti ada dua hala. Aku tak ingat apa nama kedua-dua hala tu. Kalau nak pergi Drop Inn Hostel, hala ke kanan lagi dekat. Keluar dari stesen, jalan terus ikut padang perumahan tu sampai jalan besar. Lintas jalan besar untuk ke blok yang sebelah sana. Hostel tu dekat area blok tu. Jalan la sampai jumpa. 


cari signboard ney. lepastu lintas jalan besar tu. 

gambar wajib acah-acah travel. :P
aku bajet nak tido dlm flight.tu yang muka pown sememeh jer tu. 

Dah sampai hostel, memang penat gila la. Tapi kelaparan. Huhu... Jadi kitorang turun tanya receptionist kedai makanan halal. Tengah hari tu makan McD jer. Susah nak cari makanan halal kat sana. Tapi fast food restaurant halal jer kat sana. Kami tak reti cari sama..

Adam's Corner. sign ney betul-betul sebelah meja aku makan.
sedap jer makanan diorang. mcm-mcm jenis smua ada. ko ckp jer nak apa. tp teh o ais tu mmg da bomb!

Okay lah, aku berhenti takat ney dulu. Ney baru hari pertama. Nanti aku sambung yang kedua.
Adioss...