Tuesday, October 18, 2016

SINGAPURA : 5 Hari 4 Malam [part 2] - USS

                                                             بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Sambungan hari kedua di Singapore; The Lion City. 

Hari kedua aku dan Effa memang pergi terus ke destinasi impian; tempat wajib andai ke Singapura. 
UNIVERSAL STUDIOS SINGAPORE (USS). USS ney terletak di Sentosa. Nanti naik MRT, berhenti di stesen Harbourfront. Lepas tu boleh jalan kaki jer. Kalau ada yang tak tahu, USS ney adalah sejenis theme park. Dia ada tujuh zon. Pastikan kau jelajah ketujuh-tujuh zon semua sampai habis, sampai puas hati. Nak ulang naik rides berapa banyak kali pown boleh. Tapi kitorang tak buat kerja tu sebab nak beratur menunggu giliran jer pown dah seksa. Memang ramai gila ah manusia. Tapi bila dah petang macam pukul 5 ke atas tu orang yang beratur tu dah kurang sikit. Jadi kalau nak naik kali kedua ikut suka kau lah. Kitorang dah penat sangat dengan makan apa pown belum seharian tu sebab kalau nak makan dalam tu memang kopak ah duit kan. So bye bye second rides..

ANCIENT EGYPT
LOST WORLD
MADAGASCAR
FAR FAR AWAY
HOLLYWOOD
NEW YORK
SCI-FI CITY 

Zon paling best bagi aku adalah Ancient Egypt, Sci-Fi City dan Far Far Away. Dekat Ancient Egypt dengan Sci-Fi City tu rides diorang memang terbaik. Bagi siapa yang takut tinggi tu, haa korang jangan risau. Kat sini rides dia dalam bangunan. Dia macam bagi kau rasa pengalaman duduk kat Mesir sana dan jugak pengalaman berlawan dengan Transformers. Haaa menarik kan? Perasaan masa tu memang real habis. Aku sarankan bila nak duduk atas tram car tu, pilih tempat depan sekali. Baru la rasa lagi real dan puas. Masa lawan dengan Transformers tu, kau siap boleh rasa bahang panas bila musuh acu dan tembak senjata arah kau. Tersangat best!

Dekat zon Far Far Away pulak, dia takde rides kalau tak salah aku. Diorang buat persembahan. The Shrek adalah SANGAT best! Nanti diorang akan bagi kaca mata 3D tu. Seronok la tengok movie tu. Sampaikan si Donkey tu bersin pown air bersin dia boleh kena tangan kau. Hahaha

tak masuk pown sini. sebab dekat Penang pown ada. hehe

how do I crop Effa out of the way? hahaa





saya berada di hadapan rumah Shrek aummm



pemandangan bila balik malam



Entry USS ney jer pown dah panjang. Lain kali aku sambung lagi.
Adios... 










0 comments:

Post a Comment